apa yang tak kena ni tak taulah



tragedi semalam ni. tak sempat betul nak update blog sekarang ni. padahal bukan bizi sangat pun. ada je masa terjah blog-blog orang lain. baca kisah hidup mereka. tapi cerita sendiri terkubur macam tu jelah.

oklah malas nak membebel panjang-panjang. semalam bangun pagi punyalah awal. sebab Herliena anak dara ai yang no 2 tu bangun awal.4.30 pagi dah ukkk ekk ukk ekkk...aishhhh nak lena pun tak boleh. jadi aku pun bangulah....cek pampers dia. kot-kotlah basah lejun. kering lagi...sebab baru tukar pukul 3 pagi. suakan dia puting susu original....nyott nyott nyoott hisap macam dahaga giler...pastu mata stim stim je...eeeee comel giler tengok...

tengok jam dah pukul 5 pagi...oklah burrrrppppkan dia then letak je atas tilam tu. biarkan dia golek kiri golek kanan. meniarap. bebel bebel sorang-sorang. aku kuar bilik terus ke dapur. keluarkan ikan tamban kat sejuk beku. masak nasi nak buat nasi goreng. kuarkan sawi. tumbuk bawang cili padi semualah...

then masuk bilik tengok anak. oooo masih segar bugar mata adik. dok bebel lagi sampai lejun baju dan cadar dek air liur dia. aku ambik kain batik dan bedung dia macam biasa. ye dah 4 bulan dia masih berbedung. kalau tak bedung tak mo dia tido.



ulik dia pakai kaki. luruskan kaki dan letak bantal kemudian letakkan dia. goyang-goyangkan dia sambil nyanyi lagu selawat nabi....alhamdulillah 10 minit tido...kremm kaki ibu sayang...buai takde kat rumah nenek ni.rumah mama je ada.

konon nak tunggu subuh tapi tertido sekali dengan adik. Hannah tak sedar langsung...lena betul dia. sedar-sedar 6.45pagi...apa lagi buat apa yang patut....siapkan diri semua termasuk make up muka yang hampir sama dengan jerangkung ni (tapi comel sikit dari jerangkunglah) dalam sejam kemudian. kan tadi kata nak buat nasi goreng so panaskan minyak semua sebab bahan dah siap. Ma pulak bangun datang menyibuk....eh eh dia kata tak payah goreng nasi kita goreng mee. so tanpa bantahan aku blend udang kering dan lada kering. teruslah menggoreng mee tadi...nasi goreng hanya menjadi igauan....:( nasi stay menunggu dalam periuk.

-inilah mee goreng yang menjadi kontroversi di fb aku-

tapau semua dan masuk kereta hantar anak-anak ke rumah mama. terus ke ofis. thumb print in....pastu cari-cari dalam handbeg handfon pulak tertinggal.bekalan pun tertinggal jugak...ermm sebab poket tak mengizinkan dan tak boleh hidup tanpa handfon jadi u-turn balik...teruskan perjalanan ke rumah. minyak pulak merah....aduiiiihai....dugaan sungguh...

sampai rumah...

Ma pulak kunci pagar rumah siap pakai rantai bermangga ...makin banyak halangan nak masuk rumah. grill pun dia kunci...sekarangkan kat rumah sendiri pun tak selamat jadi berhati-hati sebelum terkena.aduiihai parah je rasa. nasib ada kunci...tapi keadaan ni melambatkan masa aku nak masuk ofis...kerja banyak tuh....poyo rajinkan...

masuk je rumah ambik bekalan dan masuk bilik cari handfon....ok eh lapo pulak....tengok mee dalam kuali. makan dululah....makan-makan sambil sembang dengan Ma. dah kenyang dengan nescafe tarik segelas...kelasssss tak Ma ai siap sediakan nescafe tarik ala-ala mamak tau....so menuju ke kereta....Ma bersuara...eh Fiza kenapa dengan seluar awak tu...gosok tak betul or pakai terbalik....perhati betul-betul mak aiiii maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ai pakai seluar terbalik....kan seluar kain cotton tu klu terbalik kat jahit tepi tu ada nampak mcm gosok berlipat pun ada...tak faham takpe janji aku memang pakai seluar terbalik....

merata ok aku pergi dengan seluar terbalik...agak-agak staff  kat receptionist tu nampak tak aku pakai seluar terbalik time aku thumb print in.....ok malas nak pk jadi abaikan.

Ma dan Afar ketawa terbahak-bahak....muka cantik bermake up bagai (cantik kew) tapi pakai seluar terbalik...masuk bilik pakai seluar dengan cara yang betul....keluar bilik wat muka selamba....

nak gerak g ofis dah...masuk lambat kang ada yang bising pulak...walaupun aku dah bagitau bos. kunci kereta pulak tak jumpa...puas cari 1 rumah rupanya ada kat grill rumah....Afar yang perasan...kunci grill dan keluar pagar dan mangga berantai pagar...ternampak kaki ai...pakai selipar jepun...

nak mintak Afar ambik kasut tapi grill dah berkunci...aduiiii melambatkan lagi.bukak mangga pagar g ambik pakai kasut semula....terus gelak dalam hati...kunci pagar dan terus masuk kereta dan zoooommmm menuju ke ofis....tawakal janganlah kereta mati tengah jalan...minyak merah ni...nak g withdraw kang lagi lambat...

last-last alhamdulillah sampai ofis dengan selamat....







1 comment:

aleen avril said...

ni namanya sawan tak nampak...atau nama saintifiknya

vedunxihogyktibuxin...

haaaa gituuuuu