sama tapi tak serupa

A: 50 tahun
F: 19 tahun

A: berkulit cerah

F: berkulit gelap


A: tak tinggi tak rendah

F: antara yang tinggi dalam family


A: kalau speaking memang berhabuk

F: tak berapa pasti sbb bahasa perantaan aku dgn dia cuma bahasa melayu je

banyak lagi info-info pasal 2 orang family member aku ni.tapi memandangkan xsempat nak menaip pasal kena g visit my friend office so yang ni jelah yang aku tayang kat korang.

*pada tuan punya diri sila rasa glamour walaupun anda bukan wanted oleh sesiapa.


penerangan tentang gambar di bawah cuma aku ingin memperkenalkan

A: adalah abah kandung aku
F: adalah satu-satunya adik lelaki seibu sebapa yang aku ada

setelah di amati selama 9 bulan 10 hari (sebenarnya dah 6 tahun aku simpan gambar ni) wajah mereka banyak persamaan.macam sesuai kalau nak jadikan Fendi ini anak abah.perangai pun lebih kurang sama walaupun xserupa.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


ma dan abah aku berpisah time fendi ni baru nak masuk 13 tahun.memang dia kurang faham lagi masalah apa yang menjadi punca kepada perpisahan ma dan abah aku pada masa tu.walaupun sekarang dia cakap dia tau segalanya apa yang berlaku.sebenarnya akulah satu-satunya yang melihat, mendengar dan mengamati apa yang menjadi punca utama perpisahan ini.setiap hari yang menyaksikan kejadian itu adalah aku.hanya ada sorang lagi hamba Allah yang ada bersama aku pada masa tersebut.tapi tidak perlulah aku menghebahkan apa yang berlaku antara ma dan abah.yang korg perlu tau mereka dah berpisah dan jodoh mereka tiada lagi.

apa yang aku tau walaupun mereka dah berpisah tapi hubungan aku adik beradik dengan ma dan abah xkan pernah putus.yang terputus hanya hubungan mereka berdua.merekalah ma dan abah kami.tanpa mereka siapa aku adik beradik.tanpa mereka tiadalah kami di dunia ini.

mungkin hikmah kejadian ini kami di anugerahkan ayah dan mak tiri yang baik dan sekepala.tiada kata yang mampu aku ungkapkan selain panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan aku ujian yang maha hebat ketika aku perlukan sokongan kedua-duanya untuk mengenali erti kehidupan.

hanya orang yang mengalami masalah yang sama dengan aku saja yang memahami apa yang aku rasa.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.susah untuk menerima kenyataan yang ma dan abah dah xde hubungan.susah nak menerima kehadiran orang baru yang tiada kena mengena dalam hidup.tapi seperti peribahasa 'alah bisa tegal biasa'.sekarang segalanya kembali normal walau pada mulanya aku mmg tak boleh terima apa yang berlaku.

kepada yang di luar sana hargailah ibu dan ayah anda selagi mereka ada dan bersama.anda beruntung kerana ibu dan ayah anda masih tinggal sebumbung.nasib anda lebih baik dari aku adik beradik kerana keadaan lalu tak mungkin berulang.segalanya hanya tinggal kenangan samada yang sedih ataupun yang menggembirakan.

pernahkah tanya pada diri sendiri :

-kenapa perlu bersikap kasar dengan ibu bapa?
-kenapa perlu protes apa yang ibu bapa lakukan utk kita sdgkan itu adalah demi kebaikan kita di masa hadapan?
-kenapa perlu bergaduh dan bertikam lidah sesama sendiri sedangkan hanya mereka yang kita ada?
-kenapa perlu saling menyalahkan sedangkan yang akan membantu kita ketika susah hanyalah ibu bapa dan ahli keluarga?(cuba kenang kembali siapa yg bersama anda ketika anda jatuh tersungkur)
-kenapa asyik nak menang je dalam semua hal sedangkan segala masalah boleh di bawa berbincang?
-kenapa kita rasa kita saja yang betul sedangkan kita tau pendapat kita tu tidaklah sebetul mana?

banyak lagi pekara yang kalau di fikirkan boleh mengukur kenapa manusia ini tidak pernah bersyukur.kenapa manusia ini tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada.

jawapannya tanya pada diri sendiri.

kerana keegoan yang tinggi dalam diri
segala apa yang pasti di tidakkan oleh diri sendiri.



No comments: